Tuesday 27 December 2011

Petua Turun Temurun

Di zaman serba moden sekarang masyarakat sudah jarang mengambil petua orang-orang terdahulu sebagai rujukan dan amalan. Padahal petua-petua ini sebenarnya lebih selamat dan menjimatkan kos walau pun untuk mengamalkannya agak susah kerana ada elemen-elemen yang diperlukan agak sukar dijumpai lagi di era pembangunan sekarang. Tapi tak salah kalau diusahakan kerana amalan-amalan dahulu ini lebih selamat dari kesan sampingan yang memudaratkan seperti bahan kimia yang terdapat dalam produk-produk sekarang.

Di sini ada beberapa petua penjagaan kesihatan amalan orang-orang terdahulu yang rasanya masih releven untuk masyarakat hari ini guna pakai.

MERAWAT TUMIT RETAK :
- Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Sapukan getah tersebut pada tumit. Amalkan selalu untuk melihat perubahannya.

MENGATASI KELUMUMUR :
- Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan rata ke semua bahagian kepala dan biarkan seketika. kemudian cuci kepala dengan shampoo seperti biasa. Amalkan selalu untuk hasil yang bagus.
- Ambil limau nipis dan belah. Ramas limau tersebut diatas kepala hingga keluar air. Lakukan kerap dan di amalkan selepas bershampoo. Ia menghilangkan kelumumur dan kepala akan berbau harum.
- Ambil 10 biji belimbing buluh, cincang halus-halus dan campurkan dengan secawan kecil santan. Sapu rata pada kulit kepala dan rambut. Balut kepala dengan tuala dan biarkan seketika. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan semingu sekali.

HILANGKAN RUAM PADA BAYI :
- Sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa pada kawasan ruam setiap kali selepas mandi.

LEBAT DAN CANTIKKAN RAMBUT :
- Pokok pisang yang ditebang akan meninggalkan tunggul pada tanah. Tebuk lubang pada tunggul pokok pisang tersebut. Esok harinya lubang tersebut akan menakung air yang sangat sejuk. Sapukan air tersebut di kepala anda setiap hari. Dalam masa yang tidak lama, rambut anda akan sihat dan berseri.

MERAWAT RAMBUT JARANG :
- Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala. Cuci pada keesokkan harinya. Lakukan selalu.

MENGHILANGKAN JERAWAT :
- Ambil anggaran 9 helai daun bunga melati, cuci bersih. Kemudian tumbuk daun tersebut hingga lumat dan sapukan pada muka seperti masker. Lakukan terus menerus sehingga jerawat betul-betul hilang.
- Bilas terlebih dahulu muka dengan air bersih, kemudian bilas pula denagan air kelapa 1-2 kali. Kemudian bilas lagi dengan air bersih. Lakukan dalam beberapa hari.
- Amalkan menyapu minyak sapi di seluruh muka setiap hari. Walaupun baunya kurang menyenangkan tapi hasilnya muka anda licin dan berseri.

MENGHILANGKAN BAU BADAN PADA WANITA :
- Amalkan memakan daun temangi sebagai ulam.
- Amalkan juga memakan kulit limau kasturi.

KULIT MUKA KERING :
- Untuk mengatasi tompok-tompok putih pada muka akibat cuaca panas, bersihkan muka dengan air suam. Selepas itu sapukan madu yang sudah dimasak dan menjadi suam pada kulit muka dengan menggunakan jari. Picit perlahan-lahan supaya ia meresap dan biarkan lebih kurang setengah jam. Bersihkan dengan air suam dan bilas pula dengan air sejuk. Amalkan selalu.

TAWARKAN IKAN MASIN :
- Sebelum memasak atau menggoreng ikan masin tersebut, rendam terlebih dahulu dalam air lebih kurang 10 minit. Kemudian bolehlah dimasak seperti biasa.

Beberapa petua ini adalah permasalahan harian yang biasa kita hadapi. Jadi selamat mencuba dan selamat menjimatkan kos. ;))

No comments:

Post a Comment