Wednesday 30 November 2011

Aku ke kau?!

Kadang-kadang kita perlu melihat sesuatu menerusi pandangan orang lain.bukan ambil kira pandangan dan perasaan kita sahaja.kalau rasa kita teraniaya,cuba terbalikkan situasi yang mana diri kita berada ditempat orang lain dan orang lain yang teraniaya kerana perbuatan dan perkataan-perkataan kita..siapa yang pentingkan diri sebenarnya....?

Sorry,tapi hari ni aku rasa macam nak maki orang je!

So,minta diri sebelum termaki orang kat sini....bye

Cerita 1

Hari ini aku bertandang ke rumah kawan lamaku, Anis. Kami sudah 3 tahun tidak berjumpa. Aku dapat berita ibu Anis mendapat anugerah 'Ibu Mithali' sempena hari ibu yang baru beberapa hari berlalu. Kejayaannya mendidik anak-anak membuatkan keluarganya dilabelkan sebagai keluarga contoh. Jadi Anis menjemputku ke kenduri kesyukuran di atas penganugerahan itu. aku mengambil kesempatan ini untuk melihat sendiri keluarga yang dikatakan contoh itu.
   “Jemputlah masuk, ramai kawan-kawan lama kita kat dalam tu.” Aku sekadar tersenyum melihat telatah Anis yang beria-ria mengajakku menyertai sekumpulan remaja yang sedang rancak berborak.
   “Geram betul aku dengan si Tina tu. Ada ke patut dia kata aku ada hati dengan Amir, dahlah tak hensem.” Rungut seorang gadis yang duduk di sebelah anak teruna Puan Qasidah.
   “Ni abang aku.” Anis memperkenalkan kepadaku. Aku berasa janggal berada di situ. Mereka menyambutku dengan senyuman dan bersalaman denganku. Aku pelik, diriku sendiri sebagai seorang anak gadis telah diajarkan batas syariat antara lelaki dan perempuan. Tapi mereka dengan senang hati ingin bertukar-tukar tangan. Aku hanya menggeleng apabila beberapa orang pemuda ingin bersalaman denganku.
   “Anis, aku ke dapur sekejap ye.”
   “Ok.”
Aku berlalu meninggalkan mereka yang masih rancak berbual. Tiba-tiba kau terserempak dengan Puan Qasidah. Aku bersalam dengannya dan mengucapkan tahniah. Aku terus menyambung niatku untuk membantu di dapur. Ketika itu aku terdengar perbualan rakan-rakan Puan Qasidah
   “Bagus betul Qasidah tu, pandai dia didik anak sampai cerdik pandai macam tu.”
   “Iyalah, ada yang dah pergi luar negara pun. Tu si Anis tu, SPM 11A. Hebat.”
Berjaya betul Puan Qasidah didik anaknya. Sehingga dia dihormati dan dipuji sebegitu. Tiba-tiba seorang wanita seperuh usia datang menghampiri rakan-rakan Puan Qasidah yang rancak berbual.
   “Alah, dia tu berlagak je, bukan pandai pun. Tengoklah anak-anaknya, tak pandai nak hormati orang tua.” Luah wanita itu sambil mencebik. Mungkin hatinya cemburu melihat kejayaan Puan Qasidah. Aku berlalu setelah selesai kerja di dapur. Aku menuju ke ruang tamu.
   “Mana boleh macam tu, abang kena balik juga sekarang. Nanti orang tua tu membebel lagi. Ita tak suka dengar mak bising. Sakit telinga.” Aku tersentak mendengar perbualan anak Puan Qasidah yang sulung dan bekerja sebagai seorang doktor. Dia sedang bercakap dengan suaminya di telefon. Aku melihat jam ditangan. Hampir pukul 4.30 petang. Aku bergegas bersiap untuk sembahyang. Tapi aku pelik, orang-orang yang berada di rumah itu seperti tidak tahu waktu asar sudah hampir. Sekumpualn remaja tadi masih rancak bersembang. Aku mencari tempat yang sesuai untuk sembahyang kerana semua tempat dipenuhi tetamu. Aku menuju ke bilik Anis. Selesai bersolat, tiba-tiba Puan Qasidah menerjah masuk dan terus menuju ke bilik air yang terletak di dalam bilik ini. Aku agak dia hendak mengambil wuduk.
   “Ish, mak cik kena cepat ni, banyak lagi kerja. Dah lah kena qada’ dua waktu.”
   “Qada’?”

Karangan : Adik Aku..hihi
 P/S : cerpen pendek ni akan ada kesinambungan tapi pada cerita yang berbeza dan pengajaran...

Apa Itu Autisme?

Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autisme, dimana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma ‘Autism Spectrum Disorder’).
Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:
  • Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme)
  • Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
  • Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)
*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.)

Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran.
Tanda-tanda bagi Autisme.

Terdapat 3 jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak Autisme:

1) Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.

2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.

3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya. Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’. Selain dari itu, kanak-kanak autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.
 
Adakah suntikan vaksin berhubungkait dengan autisme?
Pada masa dahulu, suntikan vaksin turut dikaitkan dengan autisme, namun kajian menunjukkan bahawa tiada kesimpulan saintifik yang dapat menyokong teori ini. Pada masa kini, masih terdapat kajian yang sedang dijalankan berkenaan perkara ini.
 ...................................................................................................................................................................

Aku wat post ni bukan sebab apa,hari tu ada tetamu datang rumah.dia ada anak lelaki umur sekitar 2tahun lebih gitu...budak dia comel dan hensome..tapi perangai dia pelik sikit..x nak dekat dengan orang.kita cakap ngan dia pon macam tak de respon..main dan bercakap sorang-sorang macam dia ada dunia dia sendiri..mak dia kata dia hyperactive,tapi aku rase macam budak autisme..
So,aku try search tentang autisme.saje wat kajian skit..memang budak tu ada sindrom-sindrom autisme.cume mungkin pada tahap yang agak baik kondisinya..sebab autisme ni ada berperingkat-peringkat (macam yang dinyatakan di atas..)
Citer pasal autisme ni,teringat filem My Name Is Khan..mula-mula tengok citer tu,macam pelik sikit sindrom autisme pada watak Rizvan Khan tu..sebab dia boleh jatuh cinta dan jadi jurujual,sedangkan sindrom autisme ni masalah utama mereka dalam aspek komunikasi sosial dan sukar memahami gerak badan,ekspresi wajah dan emosi..tapi rupanye,Rizvan berada pada tahap autisme yang agak baik dan pengaruh dari emaknye sangat memainkan peranan dalam membentuk personaliti yang lebih baik...
Jadi ibu-ibu yang mempunyai anak autisme,peranan anda sangat membantu mereka untuk survive dalam dunia normal yang tidak normal pada sudut pandangan pengidap autisme di masa hadapan..terutama bila mereka tiada lagi tempat bergantung dan perlu berdiri di atas kaki sendiri...
Anda di luar sana,jangan sisihkan mereka golongan autisme ini,sebab ternyata mereka lebih istimewa dari kita..mereka ibarat bayi yang sentiasa bersih dari dosa..lebih di jamin syurga dari kita yang normal tapi sentiasa tak terlepas dari membuaat dosa...
Aiceh,cam wat kuliah pulak ye..
Ok,pape pun,sayangi insan-insan disekeliling anda sebelum anda kehilangan mereka...(tak de kene mengena..)
:)) bye...........

Sampaikan salam rinduku......T_T

AKU RINDU MEREKA!!!!!!!!!

Tuesday 29 November 2011

How to make SHAWARMA...?

Pernah makan shawarma tak?shawarma ni sejenis makanan arab.dan inilah salah satu daripada banyak-banyak makanan arab yang boleh masuk kat tekak aku ni,yang lain susah sikit..maklumlah tekak tak global..hehehe

Seperti tajuk yang korang baca kat atas tu - How to make SHAWARMA..? ,aku nak la share cara nak buat shawarma ni..ni resepi yang aku dapat dari kawan aku yang bekerja di sebuah restoren arab di KL.bagi aku resepi dia simple and easy je..tu pasal aku suke.. :))


So..ni bahan-bahan yang diperlukan untuk buat shawarma..untuk pengetahuan korang shawarma ni name inti dia,selalu orang arab makan ngan roti depe le..kita kat Malaysia ni leh makan dengan roti pita yang selalu ada jual kat hypermarket tu..kalau korang nak lagi kick,makan ngan roti arab yang nipis cam capati tu..nanti aku bagi resepi nak buat roti tu..sedapppp....

Bahan :
- ayam@daging (dibuang tulang dan potong dadu)
- serbuk lada hitam
- serbuk lada putih/sulah
- serbuk cili
- serbuk jintan manis
- serbuk kunyit
- garam & gula secukup rasa
- mayonis
- salatah (salatah ni macam acar la, boleh guna tomato/timun/salad ikut citarasa korang) hiris nipis

Cara masak nya :

Gaul ayam@daging dengan semua bahan kecuali mayonis dan salatah,gaul rata.saya saje tak nyatakan kuantiti bahan-bahan tu,so agak-agak la ikut rasa hati,kalau nak pedas letak la serbuk cili lebih..kot ada yang suke masin,letak la garam seguni pun saye tak kesah..(bukan saya yang nak makan pon..)biarkan dalam peti sejuk selama 10minit.
Panaskan minyak sedikit sahaja,kalau boleh pakai minyak zaitun @ kalau suke (saye memang suke masak ikut suka hati ni..) pakai butter..sikit je, sebab tak nak terlalu berminyak.
Masakkan ayam@daging tadi sehingga empuk,nak garing pon boleh,jangan hangus sudah la..
Dah angkat,gaulkan dengan mayonis dan salatah tadi..
Makan bersama roti pita (belah dua,sumbat tengah-tengah dia) @ gulung dengan roti arab..ala-ala KFC punye pocketful@twister tu la,tapi ni shawarma..


Resepi roti arab tu aku post lain kali la ye..dah penat menaip ni..so,selamat mencuba... :)
p/s : gambar tu bukan yang aku buat,cilok kat internet je..sebenarnya aku tak pernah lagi try masak shawarma ni..tapi, dont wory,resepi ni di jamin sedap! melainkan korang yang masak tak sedap...hihihi....cauuuu.........

Permulaan Suatu Perjalanan

Assalamualaikum...

Untuk post pengenalan,aku suka nak bagitau yang aku teruja sebenarnya dapat buat blog lagi,selepas blog yang sebelum ni kandas setengah jalan..hope kali ni dapat teruskan tanpa jemu dan bosan..hehehe

This blog bukan pasal riwayat hidup aku..cume sebagai platform untuk aku coret-coret dan share apa-apa yang boleh memberi manfaat bersama..walaupun sebenarnye musykil juga,ada ke orang yang nak baca blog aku ni?

Tapi tak pe,asal aku dapat lepas gian nak menulis (berangan nak jadi penulis..) dah la...

Okey,bye!