Wednesday 14 December 2011

Motion Sickness @ Mabuk Kenderaan

Pernah x dengar pasal mabuk kenderaan @ mabuk perjalanan? Mabuk laut dan mabuk udara (kalau naik flight) pun termasuk la kategori ni. Asal naik kenderaan je terutama kenderaan yang tertutup, akan pening dan keadaan boleh jadi lebih teruk sampai muntah-muntah. Kecuali naik motor, selalunya orang yang sering mabuk kenderaan ni lebih bahagia kalau naik motor je..

Keadaan ini terjadi apabila pusat keseimbangan tubuh (terletak di bahagian dalam telinga) mengesan pergerakan (apabila kenderaan bergerak) dan menghantar isyarat yang berbeza dengan isyarat yang di hantar oleh deria penglihatan iaitu mata (apabila mata tidak dapat mengesan pergerakan disebabkan mata memfokus pada sesuatu yang statik, contoh : membaca buku, menonton video, hp dll) ke otak. Disebabkan perbezaan itu otak mengalami 'kecelaruan' dan tubuh menghasilkan 'hormon stress' yang menyebabkan penghidap mula mengalami gejala-gejala seperti pening, berpeluh, mual perut dll. Kadang-kadang lebih teruk dari wanita yang mengalami alahan ketika hamil.

Saya x pasti ia adalah sejenis penyakit @ apa... Tapi saya adalah salah seorang penghidapnya... Serius cakap la, ia sangat menyeksakan... Saya mula mengalami mabuk kenderaan ni sejak kecil lagi. Asal berjalan jauh je mesti muntah ! Adoyai..... Mak saya paling risau pasal saya bila dalam kenderaan, sekejap-sekejap dia pandang belakang dan tanya saya, "ana nak muntah?", "ana pening x?", "ana baring la,tido..". Saya pun pelik, dalam ramai adik-beradik, hanya saya je yang mabuk kenderaan ni. Setiap kali berjalan jauh, kadang-kadang x jauh sangat la, nak ke Negeri Sembilan contohnya (saya tinggal di Melaka dulu) @ dari Bandar Melaka nak ke Alor Gajah, saya x boleh makan over sangat, perut kosong pun x boleh. Adik-beradik boleh bersembang, bergelak ketawa dan makan-makan jajan sepanjang perjalanan, tapi saya akan melepek je (selalu di bahagian paling dekat dengan tingkap) badan jadi lesu, tangan berpeluh, perut mual dan kadang-kadang muntah. Saya x boleh makan dalam kenderaan, bau makanan pon boleh menyebabkan saya muntah. Mak saya selalu bekalkan plastik @ kain untuk saya muntah tapi pernah je terlepas kat atas seat dan paling best atas baju kakak-kakak & abang saya.. Huhuhu, kesian diorang.. Tak pasal-pasal mandi muntah saya.. Sorry, x dapat di kawal.....

Disebabkan keadaan itu, saya selalu x pasti kenderaan kami itu berada di mana, berhenti di mana dan melalui negeri apa.. Sebab saya sentiasa dalam keadaan pening dan 'miung'.. Perjalan yang sepatutnya dekat saya rasa jauhnya beribu-ribu batu. Siang @ malam pun x pasti.. Parah kan..?

Tu citer masa kecik-kecik. Sekarang ni, seiring dengan meningkatnya umur, keadaan tidak lah seteruk itu lagi. Walaupun masih pening dan mabuk tapi tidak lah sampai muntah-muntah dah..(minta di jauhkan la..) Kadang-kadang tu ok je, x pening pun. Tapi keadaan tu jarang berlaku. Saya akan mula pening bila saya membaca dalam kenderaan, baca sms pun x bleh.. @ bila jalan yang di lalui tu macam ular kene palu.. @ pun bila driver bawak kete cam nak bawak pegi kubur..(maksudnya nak kasi mati la..)

Mula-mula dulu saya ingat ia di sebabkan saya pernah mengalami kecederaan pada telinga saya yang menyebabkan organ keseimbangan saya sedikit terganggu. Tapi bila saya tengok ada orang yang normal pun mengalaminya, saya ragu-ragu.. Kenapa ada orang tidak mengalami keadaan ini? Apa yang membezakan saya dengan mereka?

Saya rasa, faktor psikologi pun penyebabnya.. Mungkin.. Sebab, kalau saya dalam keadaan mood baik, kesihatan baik, mabuk pun kurang. Tapi bila saya agak stress @ x berapa sihat, cepat je mabuk tu datang. Kadang-kadang kalau terlalu memikirkan sangat bagaimana perjalanan yang akan saya tempuh, membayangkan jalan-jalan yang akan di lalui, saya dah mula pening. Memikirkan yang saya akan pening bila naik kereta pun saya dah mula pening. Kadang-kadang bau enjin kereta yang di start kat depan rumah pun boleh pening... Parah betul.. Tapi fakta tu x berapa kukuh sangat la, lebih kepada pendapat peribadi saya saja..

Macam mana nak elak dari mabuk?

Ada beberapa tips yang selalu saya guna pakai untuk diri sendiri. Iaitu :
  • Makan setengah jam sebelum perjalanan, jangan makan terlalu hampir masa untuk bertolak kerana lebih penuh perut anda, lagi banyak la anda akan muntah. Tapi jangan sampai perut terlalu kosong, angin juga boleh menyebabkan pening.
  • Pandang ke luar kenderaan yang di naiki, lihat lah permandangan sepanjang perjalanan, tumbuhan-tumbuhan hijau, langit yang membiru. Kalau boleh jangan pakai aircond dan biarkan angin luar bertiup ke wajah anda. Ia membantu relesskan stress dan menenangkan otak.
  • Paling penting, JANGAN MEMBACA di dalam kenderaan ! Apa saja bentuk bacaan yang perlu anda fokus pada sesuatu yang tidak bergerak di dalam kenderaan. Contoh : baca buku, baca sms @ menonton video dan bermain game. Kalau buat juga, tu segaja menempah 'maut' la jawabnya...
  • Elakkan keadaan yang bising dan relexkan badan dan fikiran. Elakkan keadaan yang memerlukan anda menunduk @ membongkok. Baring dengan wajah mengadap ke atas selalu membantu saya waktu kecil dulu.
  • Minum air putih lebih. Membantu merangsang metabolisma dan melancarkan perjalanan darah ke kepala dan anggota  badan yang lain.
  • Cara paling mudah, pergi la ke farmasi dan beli ubat untuk mabuk kenderaan. Makan ubat tu setengah jam sebelum memulakan perjalanan anda. Kalau makan dalam perjalanan, ia tidak akan berkesan. Dan kalau anda dah pening dulu baru nak makan ubat, ia juga tidak lagi mujarab.
Sebenarnya x ada ubat yang boleh 'menghilangkan' terus motion sickness ni. Cuma lama-kelamaan, apabila dah terbiasa menaiki kenderaan, ia akan mengurang dengan sendiri. Lama-kelamaan aktiviti berkenderaan ni dah ter'register' dalam otak dan badan tidak lagi menghasilkan 'hormon stress' yang menyebabkan mabuk.

Kalau saya, bila dah mabuk ni, bila kita sudah tiba ke destinasi @ sudah selesai perjalanan, kesan mabuk tu agak lama untuk hilang. Kadang-kadang makan masa 1-2 hari kalau mabuk agak teruk. Selalunya bila balik saya akan mandi dengan membasahkan kepala. Duduk bawah air pancut dan biar kepala di timpa air agak lama sedikit. Kemudian saya akan tidur.... Cara tu agak mempercepatkan proses nak pulih dari mabuk kenderaan... Praktikal untuk saya, kalau anda nak cuba boleh lah... :)

Moral of the info :
Kalau tengok ada teman-teman yang mengadu pening bila di dalam kenderaan, janganlah anda memperlekehkan mereka, kata mereka mengada-ngada dan sebagainya. Mereka bukan buat-buat pening, tapi pening yang di tanggung hanya Tuhan saja yang tahu... Selalunya dalam keadaan begitu mereka lebih sensitif dan cepat tersinggung. Beri ruang pada mereka dan bantu lah sedaya mampu. Kalau tidak, anda mungkin akan mandi muntah mereka.. Hehehehehe....

Wallahualam... Sekadar info untuk dikongsi. Kalau ada yang silap @ ada tips-tips yang praktikal, sila tinggalkan komen ye...
Salam Ukhwah....

20 comments:

  1. Kawan2.. saya ada idea nk atasi masalah mabuk dan loya-loya nie..heee.. do contact me ok.. TQ 010-9333205

    ReplyDelete
  2. Ohoo.. Sama la.. jalan xjauh mana pun tp peningnya tu mcm jalan berpuluh km.. Tmbh2 g, klu dlm keta tu ada pewangi.. [--,]

    ReplyDelete
  3. assalam.
    saya pun dulu macam itu jugak..
    lagi kalau naik bas nak balik ke asrama
    dengan pengambilan peppermint shaklee membantu jugak.. lagi pulak, dia dari bahan semulajadi. tiada kesan sampingan http://azlinahamdanstory.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Saya pun menghadapi perkara yg sama 😭tapi bau limau nipis mmg membantu gak la..

    ReplyDelete
  5. Saya pun mcm tu jugak masa kecik. Skrg dah umor 40-an pun masih ada sikit mabuk kadang2. Utk ringankan rasa mabuk tu, saya makan nenas atau asamboi.

    ReplyDelete
  6. sy dri dulu sampai sekaran dh umur 40 masih tk hilang mabuk kalau sy bawak sendri boleh la pegi jauh sikit kalau penupang sampai 10 km mesti muntah adoi ya runsing bila kena kursus jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. smalh sy sampi trpaksa bila big bike kena kursus jauh

      Delete
  7. Ade selotape x?
    Selotapekn kat pusat...
    insya allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul ke klu btul mmg ada harapan nk ke pulau lg

      Delete
  8. br je alami btulla sy pning sampi 2-3 hr..nk snorkelling konon mmm kelaut smua..plus mmg xsihatpon tp rasa serik sepanjang zaman.

    ReplyDelete
  9. klau sy..klau x nk bgi mabuk kenderaan sy akan dgr lagu melalui earphone spnjang perjalanan..buatlh lalai2 kejap..benda ni mmg sgt berkesan bgi sya😊

    ReplyDelete
  10. Setahu saya laa kan. Bnda ni kena pergi check doktor jugak. Betul ke?

    ReplyDelete
  11. Saya pon sama sis dri kecik lgi huaa T_T

    ReplyDelete
  12. saya pun sama...masa kecil-kecil dulu mengjadi igauan kalau nak mulakan perjalanan jauh.. sehingga dah dewasa sikit..mabuk kenderaaan kereta dah ok..cuma bas sahaja. setakat ini bas menjadi pilihan adalah bas yang rendah kerana kurang berombak bila berada dalam bas.

    petua yang kawan saya bagi ialah lapik surat khabar di tempat kita duduk dan insyaALLAH anda akan ok..klu nk ok lg, duduk sambil makan gula-gula berangin

    ReplyDelete
  13. ramai lagi sahabat kne mcm sy rupenye...insyaallah sama2 kita atasi ye kwn2..))

    ReplyDelete
  14. Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

    ReplyDelete
  15. Saya naik kenderaan tak sampai 5 km pun dah mabuk😭😭so kadang2 prefer drive even though penat. Kalau drive takdela mabuk pulak. Hmm

    ReplyDelete
  16. kalau dalam bas jangan bisakan tengok ke tepi. Cuba tegakkan kepala dan lihat ke arah depan insyaallah membantu sesangat

    ReplyDelete
  17. amik earphone, pakai. buka lagu sampai tak dgar suara luar, mesti tak rasa dah.

    ReplyDelete
  18. Åšwietna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.

    ReplyDelete