Saturday 31 December 2011

Rahsia Keperibadian Di Sebalik Alamat e-mel Seseorang

Artikel di bawah cuba menyingkap tentang rahsia keperibadian seseorang melalui emel yang digunakannya. Mari kawan-kawan kita baca artikel ini untuk mengetahui sangkut pautnya rahsia keperibadian seseorang tersebut melalui alamat emel orang itu... Ini hanya untuk suka-suka sahaja... Jangan percaya sangat.

Nama Penuh
contoh : azrulsallehmdamin@yahoo.com
Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat, jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah
etc : azrulsalleh@yahoo.com
Tanpa nama bapanya ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun
etc : azrulsalleh2009@yahoo.com
Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Pendek kata dia juga menunjukkan pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran
etc : sikacaklagihensem@yahoo.com
Hehehe... ramai yang suka buat email begini.. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya. Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad
etc : klm567@yahoo.com
Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak ... kirim salam sahajalah..

Okay.. perhatikan alamat emel anda. Bagaimanakah dengan peribadi anda? Kenakah dengan perkara yang dinyatakan diatas. Sekali lagi saya ingatkan, jangan percaya bulat-bulat perkara ini. Anggap untuk suka-suka sahaja. :)

Tuesday 27 December 2011

Sebelas Perkara Perlu Dielakkan

  1. Menjawab telefon dengan telinga kiri.
  2. Jangan minum kopi dua kali atau lebih dalam sehari.
  3. Jangan ambil ubat pil dengan air sejuk.
  4. Jangan mengambil makanan berat selepas jam 5 petang. 
  5. Kurangkan jumlah makanan berminyak dalam hidangan harian yang anda ambil.
  6. Minum lebih banyak air pada waktu pagi dan kurang pada waktu malam.
  7. Jauhkan diri anda daripada pengecas telefon bimbit.
  8. Jangan menggunakan headphone / earphone untuk jangka waktu yang lama.
  9. Masa terbaik untuk tidur adalah dari jam 10 malam hingga 6 pagi.
  10. Jangan terus berbaring selepas mengambil ubat pil sebelum tidur.
  11. Apabila bateri handphone tinggal bar yang terakhir, jangan menjawab atau menbuat panggilan kerana radiasinya lebih tinggi sehingga 1000 kali dari biasa. 
Sekadar perkongsian untuk kebaikkan bersama.. :) Salam ceria...

    Petua Turun Temurun

    Di zaman serba moden sekarang masyarakat sudah jarang mengambil petua orang-orang terdahulu sebagai rujukan dan amalan. Padahal petua-petua ini sebenarnya lebih selamat dan menjimatkan kos walau pun untuk mengamalkannya agak susah kerana ada elemen-elemen yang diperlukan agak sukar dijumpai lagi di era pembangunan sekarang. Tapi tak salah kalau diusahakan kerana amalan-amalan dahulu ini lebih selamat dari kesan sampingan yang memudaratkan seperti bahan kimia yang terdapat dalam produk-produk sekarang.

    Di sini ada beberapa petua penjagaan kesihatan amalan orang-orang terdahulu yang rasanya masih releven untuk masyarakat hari ini guna pakai.

    MERAWAT TUMIT RETAK :
    - Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning, potong pada bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Sapukan getah tersebut pada tumit. Amalkan selalu untuk melihat perubahannya.

    MENGATASI KELUMUMUR :
    - Basahkan kepala dengan santan kelapa. Pastikan rata ke semua bahagian kepala dan biarkan seketika. kemudian cuci kepala dengan shampoo seperti biasa. Amalkan selalu untuk hasil yang bagus.
    - Ambil limau nipis dan belah. Ramas limau tersebut diatas kepala hingga keluar air. Lakukan kerap dan di amalkan selepas bershampoo. Ia menghilangkan kelumumur dan kepala akan berbau harum.
    - Ambil 10 biji belimbing buluh, cincang halus-halus dan campurkan dengan secawan kecil santan. Sapu rata pada kulit kepala dan rambut. Balut kepala dengan tuala dan biarkan seketika. Setelah itu bilas dengan air bersih. Amalkan semingu sekali.

    HILANGKAN RUAM PADA BAYI :
    - Sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa pada kawasan ruam setiap kali selepas mandi.

    LEBAT DAN CANTIKKAN RAMBUT :
    - Pokok pisang yang ditebang akan meninggalkan tunggul pada tanah. Tebuk lubang pada tunggul pokok pisang tersebut. Esok harinya lubang tersebut akan menakung air yang sangat sejuk. Sapukan air tersebut di kepala anda setiap hari. Dalam masa yang tidak lama, rambut anda akan sihat dan berseri.

    MERAWAT RAMBUT JARANG :
    - Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala. Cuci pada keesokkan harinya. Lakukan selalu.

    MENGHILANGKAN JERAWAT :
    - Ambil anggaran 9 helai daun bunga melati, cuci bersih. Kemudian tumbuk daun tersebut hingga lumat dan sapukan pada muka seperti masker. Lakukan terus menerus sehingga jerawat betul-betul hilang.
    - Bilas terlebih dahulu muka dengan air bersih, kemudian bilas pula denagan air kelapa 1-2 kali. Kemudian bilas lagi dengan air bersih. Lakukan dalam beberapa hari.
    - Amalkan menyapu minyak sapi di seluruh muka setiap hari. Walaupun baunya kurang menyenangkan tapi hasilnya muka anda licin dan berseri.

    MENGHILANGKAN BAU BADAN PADA WANITA :
    - Amalkan memakan daun temangi sebagai ulam.
    - Amalkan juga memakan kulit limau kasturi.

    KULIT MUKA KERING :
    - Untuk mengatasi tompok-tompok putih pada muka akibat cuaca panas, bersihkan muka dengan air suam. Selepas itu sapukan madu yang sudah dimasak dan menjadi suam pada kulit muka dengan menggunakan jari. Picit perlahan-lahan supaya ia meresap dan biarkan lebih kurang setengah jam. Bersihkan dengan air suam dan bilas pula dengan air sejuk. Amalkan selalu.

    TAWARKAN IKAN MASIN :
    - Sebelum memasak atau menggoreng ikan masin tersebut, rendam terlebih dahulu dalam air lebih kurang 10 minit. Kemudian bolehlah dimasak seperti biasa.

    Beberapa petua ini adalah permasalahan harian yang biasa kita hadapi. Jadi selamat mencuba dan selamat menjimatkan kos. ;))

    Monday 26 December 2011

    Penawar Kepenatan

    Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian
    sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan
    petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri
    kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

    Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya
    Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya
    kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.
    Saidina Ali berkata :
    “Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.
    Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu.”

    Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan
    hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu
    tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w.
    tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.

    Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu.
    Baginda s.a.w. berkata:
    “Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik
    daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu
    berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
    bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.
    Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”

    Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada
    anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan
    kesusahan hidup mereka berdua.

    Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.
    Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
    diajarkan kepadaku.”

    Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
    yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
    mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali)
    dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

    Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
    Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan
    hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan
    hari dengan senyuman.

    “Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)
    “Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
    mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati
    Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat
    kemenangan yang besar.”

    Saturday 24 December 2011

    Simple recipe for PANCAKEs

    Today nak kongsikan resepi pancake yang simple and easy to make. Bak kata kawan saya yang selalu buat pancake pakai resepi ni, "orang yang bodoh masak pon boleh buat pancake ngan resepi ni". Apa yang penting, sodap !

    Okey, bahan-bahannya ialah :

    - 100g tepung naik sendiri
    - 25g susu cair
    - 45g gula
    - 50g air
    - 1 biji telur
    - 10g butter dicairkan pada suhu bilik
    - secubit soda
    - secubit garam

    Caranya :

    Campurkan tepung naik sendiri, soda, garam, telur, butter, susu cair dan gula dalam 1 bekas dan gaul. Kemudian masukkan air dan kacau sehingga tidak berketul.
    Biarkan sebentar dalam 5minit dan boleh masak diatas nonstick frying pan dengan api sederhana.
    Panaskan frying pan dengan butter yang dicalit sahaja supaya x terlalu berminyak.
    Pancake ni akan naik gebu nanti, pastu boleh lah dimakan dengan madu, butter, jem, kaya pon boleh, susu pekat pon sodap atau sos sirap atau apa-apa saja mengikut kreativiti anda..

    Senang kan ? So, tunggu apa lagi, sila berlari ke kedai runcit berhampiran anda untuk dapatkan bahan-bahan untuk wat pancake yang easy but sodap ni..

    Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.. ;))

    Wednesday 21 December 2011

    Tuesday 20 December 2011

    Cinta Agung (lirik) - best song ever !


    YA ALLAH ENGKAU TUHANKU,
    TIADA TUHAN MELAINKAN ENGKAU,
    ENGKAU CINTA AGUNGKU,
    NABI MUHAMMAD PESURUH-MU.

    YA ALLAH ENGKAU SUMBER BAHAGIA,
    ENGKAU SUMBER KESELAMATAN,
    YA ALLAH ENGKAU SUMBER KEAMANAN,
    ENGKAU ADALAH SEGALANYA.

    YA ALLAH ENGKAULAH PELINDUNGKU,
    ENGKAULAH SUMBER REZKIKU,
    DI WAKTU SAKIT KAU SEMBUHKAN,
    DI WAKTU LAPAR KAU BERI MAKAN.

    YA ALLAH ENGKAU CINTA AGUNGKU,
    CINTAKU HARAPLAH DI BALAS,
    YA ALLAH ENGKAU CINTA AGUNGKU,
    JANGANLAH CINTAKU TIDAK DI BALAS.

    JANGAN BIARKAN KU TANPA PIMPINAN,
    PIMPINLAH AKU KE JALAN YANG BENAR,
    KEPADA ENGKAULAH HARAPANKU,
    JANGANLAH HAMPAKAN PERASAANKU.

    Sunday 18 December 2011

    Sebab dan akibat !

    Akibat dari terlalu banyak baca blog orang lain, blog ni agak terabai... -,-'

    Nampak sangat I love reading more than writing...

    Semalam pegi kenduri kawin cousins hubby, buat lak kat rumah mak mentua. So long 'menantu derhaka' ni x balik..huhu.. Yang sadisnye, permintaan nak singgah rumah mak sendiri x dapat approval.. Tu pun sorang lagi 'menantu derhaka' !! Apo nak di kato...

    Dalam kepala ni ada banyak perancangan nak buat.. Ada 2-3 plan dah submit, tapi still sangkut x lepas-lepas ! Ni ada 1 lagi 'plan', cuak lak nak apply...haisy......

    Kawan-kawan Ex-Mega dulu nak wat reunion. Last time buat aku x pat join. Kali ni kalau x dapat, memang sajak la ! Nangis x berlagu...

    Ok, salam weekend...

    Thursday 15 December 2011

    Limau buat Rasulullah...

     
    Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir.Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

    Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para Sahabat, namun kali ini tidak.Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
    Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan:”Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kamu turut makan bersama, saya bimbang ada diantara kamu yang akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”
    Begitulah akhlak Rasulullah SAW.Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
     ..................................................................................................................................................................

    Semoga kita semua boleh mencontohi kemuliaan akhlak Baginda Rasulullah SAW..
    Salam Ukhwah...

    Wednesday 14 December 2011

    Motion Sickness @ Mabuk Kenderaan

    Pernah x dengar pasal mabuk kenderaan @ mabuk perjalanan? Mabuk laut dan mabuk udara (kalau naik flight) pun termasuk la kategori ni. Asal naik kenderaan je terutama kenderaan yang tertutup, akan pening dan keadaan boleh jadi lebih teruk sampai muntah-muntah. Kecuali naik motor, selalunya orang yang sering mabuk kenderaan ni lebih bahagia kalau naik motor je..

    Keadaan ini terjadi apabila pusat keseimbangan tubuh (terletak di bahagian dalam telinga) mengesan pergerakan (apabila kenderaan bergerak) dan menghantar isyarat yang berbeza dengan isyarat yang di hantar oleh deria penglihatan iaitu mata (apabila mata tidak dapat mengesan pergerakan disebabkan mata memfokus pada sesuatu yang statik, contoh : membaca buku, menonton video, hp dll) ke otak. Disebabkan perbezaan itu otak mengalami 'kecelaruan' dan tubuh menghasilkan 'hormon stress' yang menyebabkan penghidap mula mengalami gejala-gejala seperti pening, berpeluh, mual perut dll. Kadang-kadang lebih teruk dari wanita yang mengalami alahan ketika hamil.

    Saya x pasti ia adalah sejenis penyakit @ apa... Tapi saya adalah salah seorang penghidapnya... Serius cakap la, ia sangat menyeksakan... Saya mula mengalami mabuk kenderaan ni sejak kecil lagi. Asal berjalan jauh je mesti muntah ! Adoyai..... Mak saya paling risau pasal saya bila dalam kenderaan, sekejap-sekejap dia pandang belakang dan tanya saya, "ana nak muntah?", "ana pening x?", "ana baring la,tido..". Saya pun pelik, dalam ramai adik-beradik, hanya saya je yang mabuk kenderaan ni. Setiap kali berjalan jauh, kadang-kadang x jauh sangat la, nak ke Negeri Sembilan contohnya (saya tinggal di Melaka dulu) @ dari Bandar Melaka nak ke Alor Gajah, saya x boleh makan over sangat, perut kosong pun x boleh. Adik-beradik boleh bersembang, bergelak ketawa dan makan-makan jajan sepanjang perjalanan, tapi saya akan melepek je (selalu di bahagian paling dekat dengan tingkap) badan jadi lesu, tangan berpeluh, perut mual dan kadang-kadang muntah. Saya x boleh makan dalam kenderaan, bau makanan pon boleh menyebabkan saya muntah. Mak saya selalu bekalkan plastik @ kain untuk saya muntah tapi pernah je terlepas kat atas seat dan paling best atas baju kakak-kakak & abang saya.. Huhuhu, kesian diorang.. Tak pasal-pasal mandi muntah saya.. Sorry, x dapat di kawal.....

    Disebabkan keadaan itu, saya selalu x pasti kenderaan kami itu berada di mana, berhenti di mana dan melalui negeri apa.. Sebab saya sentiasa dalam keadaan pening dan 'miung'.. Perjalan yang sepatutnya dekat saya rasa jauhnya beribu-ribu batu. Siang @ malam pun x pasti.. Parah kan..?

    Tu citer masa kecik-kecik. Sekarang ni, seiring dengan meningkatnya umur, keadaan tidak lah seteruk itu lagi. Walaupun masih pening dan mabuk tapi tidak lah sampai muntah-muntah dah..(minta di jauhkan la..) Kadang-kadang tu ok je, x pening pun. Tapi keadaan tu jarang berlaku. Saya akan mula pening bila saya membaca dalam kenderaan, baca sms pun x bleh.. @ bila jalan yang di lalui tu macam ular kene palu.. @ pun bila driver bawak kete cam nak bawak pegi kubur..(maksudnya nak kasi mati la..)

    Mula-mula dulu saya ingat ia di sebabkan saya pernah mengalami kecederaan pada telinga saya yang menyebabkan organ keseimbangan saya sedikit terganggu. Tapi bila saya tengok ada orang yang normal pun mengalaminya, saya ragu-ragu.. Kenapa ada orang tidak mengalami keadaan ini? Apa yang membezakan saya dengan mereka?

    Saya rasa, faktor psikologi pun penyebabnya.. Mungkin.. Sebab, kalau saya dalam keadaan mood baik, kesihatan baik, mabuk pun kurang. Tapi bila saya agak stress @ x berapa sihat, cepat je mabuk tu datang. Kadang-kadang kalau terlalu memikirkan sangat bagaimana perjalanan yang akan saya tempuh, membayangkan jalan-jalan yang akan di lalui, saya dah mula pening. Memikirkan yang saya akan pening bila naik kereta pun saya dah mula pening. Kadang-kadang bau enjin kereta yang di start kat depan rumah pun boleh pening... Parah betul.. Tapi fakta tu x berapa kukuh sangat la, lebih kepada pendapat peribadi saya saja..

    Macam mana nak elak dari mabuk?

    Ada beberapa tips yang selalu saya guna pakai untuk diri sendiri. Iaitu :
    • Makan setengah jam sebelum perjalanan, jangan makan terlalu hampir masa untuk bertolak kerana lebih penuh perut anda, lagi banyak la anda akan muntah. Tapi jangan sampai perut terlalu kosong, angin juga boleh menyebabkan pening.
    • Pandang ke luar kenderaan yang di naiki, lihat lah permandangan sepanjang perjalanan, tumbuhan-tumbuhan hijau, langit yang membiru. Kalau boleh jangan pakai aircond dan biarkan angin luar bertiup ke wajah anda. Ia membantu relesskan stress dan menenangkan otak.
    • Paling penting, JANGAN MEMBACA di dalam kenderaan ! Apa saja bentuk bacaan yang perlu anda fokus pada sesuatu yang tidak bergerak di dalam kenderaan. Contoh : baca buku, baca sms @ menonton video dan bermain game. Kalau buat juga, tu segaja menempah 'maut' la jawabnya...
    • Elakkan keadaan yang bising dan relexkan badan dan fikiran. Elakkan keadaan yang memerlukan anda menunduk @ membongkok. Baring dengan wajah mengadap ke atas selalu membantu saya waktu kecil dulu.
    • Minum air putih lebih. Membantu merangsang metabolisma dan melancarkan perjalanan darah ke kepala dan anggota  badan yang lain.
    • Cara paling mudah, pergi la ke farmasi dan beli ubat untuk mabuk kenderaan. Makan ubat tu setengah jam sebelum memulakan perjalanan anda. Kalau makan dalam perjalanan, ia tidak akan berkesan. Dan kalau anda dah pening dulu baru nak makan ubat, ia juga tidak lagi mujarab.
    Sebenarnya x ada ubat yang boleh 'menghilangkan' terus motion sickness ni. Cuma lama-kelamaan, apabila dah terbiasa menaiki kenderaan, ia akan mengurang dengan sendiri. Lama-kelamaan aktiviti berkenderaan ni dah ter'register' dalam otak dan badan tidak lagi menghasilkan 'hormon stress' yang menyebabkan mabuk.

    Kalau saya, bila dah mabuk ni, bila kita sudah tiba ke destinasi @ sudah selesai perjalanan, kesan mabuk tu agak lama untuk hilang. Kadang-kadang makan masa 1-2 hari kalau mabuk agak teruk. Selalunya bila balik saya akan mandi dengan membasahkan kepala. Duduk bawah air pancut dan biar kepala di timpa air agak lama sedikit. Kemudian saya akan tidur.... Cara tu agak mempercepatkan proses nak pulih dari mabuk kenderaan... Praktikal untuk saya, kalau anda nak cuba boleh lah... :)

    Moral of the info :
    Kalau tengok ada teman-teman yang mengadu pening bila di dalam kenderaan, janganlah anda memperlekehkan mereka, kata mereka mengada-ngada dan sebagainya. Mereka bukan buat-buat pening, tapi pening yang di tanggung hanya Tuhan saja yang tahu... Selalunya dalam keadaan begitu mereka lebih sensitif dan cepat tersinggung. Beri ruang pada mereka dan bantu lah sedaya mampu. Kalau tidak, anda mungkin akan mandi muntah mereka.. Hehehehehe....

    Wallahualam... Sekadar info untuk dikongsi. Kalau ada yang silap @ ada tips-tips yang praktikal, sila tinggalkan komen ye...
    Salam Ukhwah....

    Sunday 11 December 2011

    Cerita 3

    Aku mendapat jiran baru. Sebuah keluarga yang sederhana. Aku tertarik dengan keluarga ini. Semenjak mereka pindah, rumah yang sebelum ini sunyi menjadi sangat meriah. Di awal pagi lagi, aku sudah terdengar suara orang berselawat, mengaji. Setiap kali waktu sembahyang pasti terdengar laungan azan. Suasana itu sangat harmoni dan aman. Mendamaikan hati sesiapa sahaja.
       “Umi, Alya nak pergi sekolah.”
       “Belajar sungguh-sungguh. Hormati guru kita, kalau tidak ilmu tak berkat.”
       “Alya pergi dulu ye.” Setelah bersalaman, anak gadis sopan bertudung dan berseragam sekolah itu berlalu keluar dari rumah. Pagi itu aku berhajat menziarahi jiran baruku ini. Ada sedikit buah tangan yang aku bawa bersama.
       “Umi, ada orang datang.”
       “Jemputlah dia masuk.” Aku disambut anak kecilnya yang comel. Tanpa segan silu dia menghulurkan tangan dan bersalam denganku. Anak kecil itu mengukir senyuman mesra.
       “Jomlah masuk kakak.” Aku sangat terhibur dengan telatahnya. Aku masuk ke ruang tamu. Kelihatan Puan Aisyah bangun menghampiriku dengan senyuman.
       “Saya tinggal di rumah sebelah ni, hari ni baru ada peluang nak ziarah.”
       “Oh, jemputlah duduk.”
       “Ni ha, mak saya ada buat kuih sikit.” Aku menghulurkan kiuh karipap yang ibuku buat semalam. Puan Aisyah menyambut.
       “Terima kasih, susah-susah je. Mak cik ke dapur sekejap ye. Duduklah sembang dengan Intan tu. Seronok dia ada orang datang.” Puan Aisyah berlalu ke dapur. Aku menoleh ke arah Intan yang sedang tersenyum-senyum manis.
       “Kakak, nama kakak apa?”
       “Nama akak Laila. Intan berapa tahun?”
       “Enam tahun, Intan pergi tadika tapi hari ini umi kata tak payah lagi sebab tak daftar lagi kat tadika yang baru.” Petah sungguh anak kecil ini bercakap. Aku seronok berbual dengannya.
       “Kak Laila, umi kata umi sayang Intan tapi Tuhan lagi sayang Intan. Betul ke?” Aku tergamam mendengar soalannya. Aku sekadar menggangguk dan tersenyum. Malu rasanya berbual dengan Intan yang pandai berkata-kata. Butir-butir bicaranya lebih cantik dari aku. Tidak lama kemudian Puan Aisyah datang membawa dulang yang berisi jag air dan kuih yang aku beri tadi.
       “Nak makan.” Intan menerpa ke arah meja kecil yang diletakkan dulang itu.
       “Basuh tangan dulu, Tuhan kan suka orang yang bersih.” Puan Aisyah menghulurkan mangkuk berisi air paip untuk membasuh tangan.
       “Baiklah ibu.” Intan mencelup tangannya berhati-hati.
       “Baiknya Tuhan bagi kita makan.” Ucap mulut kecil itu. Kemudian dia segera menadah tangan untuk membaca doa. Aku mula tertarik dengan keluarga ini. Banyak yang perlu aku cungkil dari Puan Aisyah. Anak-anaknya sangat terdidik. Mereka diajar membesarkan Tuhan dalam semua perkara. Apa rahsia Puan Aisyah agaknya?

    Friday 9 December 2011

    Kisah Kelahiran Rasulullah

    Rasulullah SAW  namanya Muhammad bin Abdulah bin Abd Muthalib bin Hasyim bin Manaf. Abdul Muthalib ini sebelum ada anak-anak, dia pernah bernazar kepada Tuhan kalau dia dapat 10 anak lelaki dia akan sembelih seorang. Setelah berbelas belas tahun berkahwin dapat 10 anak lelaki diantaranya Abu lahab, Saidina Hamzah, Abu Thalib dan lain-lain. Tapi yang bungsunya Abdullah.

    Jadi bila dapat 10 anak laki dia pun teringat nazarnya, dia nak tunaikan nazarnya, nak sembelih seorang. Bila nak sembelih, yang mana satu, semuanya anak-anak dia. Dia mengadukan hal ni kepada seorang ahli nujum di zaman tu, macam mana nak buat? Ahli nujum bagi tahu dia, buat undi. siapa yang kena, itulah sembelih. Cara orang arab ni, walau hidup di zaman jahiliah, janji dipatuhi. Janji itu Abdul Muthalib terpaksa patuhi.
    Setelah menerima nasihat dari ahli nujum, dia buat undian di kalangan anak-anaknya. Bila diundi kena pada Abdullah, sedangkan ia anak yang paling disayangi, anak bongsu. Kemudian dia pergi tanya lagi pada ahli nujum. Ahli nujum suruh undi lagi. Maka Abdul Muthalib buat undian kedua, tapi kena pada Abdullah juga. Mengadu lagi, diundi lagi kena Abdullah lagi. Dia buat undian kali ke-9, kali ke-10 masih kena Abdullah. Mengadu lagi dia kepada ahli nujum, undian saya mengena pada anak yang paling saya sayang, yang paling cantik. Ahli nujum jawab, kalau begitu engkau sembelih saja 100 unta untuk mengganti Abdullah. Akhirnya Abdullah selamat.
    Demi mengingati peristiwa ni, sebab itu bila Rasulullah SAW menjadi Rasul, salah satu syariat Rasulullah SAW iaitu siapa membunuh orang, tebusannya sembelih 100 unta. Jadi ada syariat dalam jahiliah yang dikekalkan oleh Tuhan, diantaranya siapa yang buat dosa bunuh orang, dia kena tebus dengan menyembelih 100 unta. Kekal sampai hari ini.
    Selamatlah Abdullah daripada disembelih. Diantara 10 anak lelaki ni Abdullahlah yang paling disayang bapanya Abd Muthalib. Tapi oleh kerana Abdullah ni nak melahirkan zuriat yaitu nabi akhir zaman, Tuhan bagi tanda di dahinya ada cahaya, dari pada budak lagi. Terutama waktu malam, bila dia pergi mana-mana orang nampak cahaya di dahi, mereka berkata, ini Abdullah datang, sebab mana ada orang bercahaya di dahi. Tapi tidak ada yang tahu cahaya itu cahaya apa.
    Rupanya di kalangan ramai ini ada seorang yang tahu. Yang tahu seorang perempuan namanya Fatimah Syam. Dia tahu bahwa orang yang bercahaya di dahi tu akan melahirkan nabi akhir zaman. Maka dia jatuh hati kepada Abdullah. Dia cuba pikat abdullah. Kalau dalam bahasa sekarang dia mengorat Abdullah sebab dia tahu dari Abdulah ini akan lahir seorang nabi. Dia pujuk, dia rayu dia ajak kawin, tapi abdullah tak mahu. Akhirnya Abdullah dipinang oleh Siti Aminah. Abdullah mahu. Maka lahirlah dari pada Abdullah, Muhammad, ibunya Aminah. Tapi Nabi Muhammad saw tidak sempat melihat ayahnya.
    Waktu baru 2 bulan dalam kandungan, Abdullah pergi ziarah keluarganya, dia meninggal di tengah jalan. Emaknya tak perasan lagi hingga ke 9 bulan, sebab tak ada tanda atau kesan, cuma setiap malam mimpi jumpa perempuan-perempuan mulia seperti Siti Asyiah, Masyitoh dan lain lain yang memberitahu dia, hai Aminah bertuahlah engkau, engkau akan melahirkan anak yang menjadi nabi akhir zaman. “Iya ke, aku tak mengandung” kata Aminah.
    Hampir setiap malam, dia mimpi. Kata-kata itu diulang, hai Aminah bertuahnya engkau, kerana akan melahirkan nabi akhir zaman. Aminah hairan, sebab mimpi dan realiti tak sama sebab dia fikir dia tidak mengandung. Rupanya bila 9 bulan lahir anak, pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah.
    Waktu lahir, dia tidak macam anak-anak lain lahir, kalau anak-anak lain emaknya rasa sakit, keluar darah. Ini bersih elok bagus. Anak-anak lain bila keluar menangis, dia tidak menangis.

    Thursday 8 December 2011

    Picture@Cameron

    Me & Jeeha
    Strawbery.!!!!
    Kak Yah posing.!!
    Beautiful Creature
    Jeeha@Butterfly Farm
    Meninjau ladang teh@Bharat Tea Farm
    Posing sakan.!!
    Cactus Crazy.!!!
    Jeeha & Hakeem
    Di lautan pokok teh

    Wednesday 7 December 2011

    XPDC ke Cameron...

    Petang semalam baru balik dari Cameron Highland bersama family.. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik lancar sahaja..

    Bertolak sekitar jam10 pagi isnin. Sempat masak sarapan dan bersarapan di rumah dan untuk bekalan di perjalanan. Anak-anak yang paling seronok. Memang rancangan bercuti ni pun untuk hiburkan diorang.

    12lebih sampai R&R Tapah. Cadangnya nak ikut jalan Simpang Pulai sebab jalannya agak selamat dan kurang selekohnya. Kali terakhir pergi memang ikut Tapah, dan mabuknya Tuhan saja yang tahu..
    Alhamdulillah kali ni sempat makan ubat.. Cuma jalan Simpang Pulai agak jauh sedikit...

    Lebih kurang jam2.30 petang kami tiba di Brinchang dan ckeck in di Star Legency Hotel. Lepas solat kami memulakan lawatan ke tempat-tempat menarik. Destinasi pertama adalah Bharat Tea Plantation Farm. Sempat merasa teh sesisip dua..huhu

    Seterusnya kami ke Bee Farm, Butterfly Farm, Cactus Point dan lain-lain tempat menarik.

    Dah penat berjalan baru ingat nak isi perut. Pekena Tom Yam panas time sejuk-sejuk ni memang best !

    Malamnya kami berjalan pulak ke Night Market di depan hotel penginapan. Membeli-belah di sana memang agak berbaloi kerana harga lebih murah. Macam-macam yang di borong. Tapi insyallah semua ada kegunaannya bukan sekadar memuaskan nafsu..

    Sambil berjalan, sakan lah semua nya berposing tak hengat.. Terutama anak-anak dara ni, memang kaki posing..!

    Esoknya kami keluar mencari sarapan dengan berjalan kaki sahaja. Menuruni dan mendaki bukit, betul-betul berjalan lah kata orang !

    Kemudian meneruskan lagi lawatan sambil memenuhkan boot kereta..hehehe

    Jam12 tengahari check out dari hotel. Sebelum bertolak pulang sempat singgah di Mardi, pusat penyelidikan pertanian, antara tempat menarik untuk di kunjungi, menambah ilmu pengetahuaan..

    Perjalanan pulang mengikut jalan Tapah yang bengkang bengkok macam ular kene palu. Kepala pening tok sah cerita lah.. Alhamdulillah sekitar 6.30petang selamat tiba di rumah..

    Walaupun cuma 1malam di sana, alhamdulillah semua seronok dan enjoy. Semoga XPDC ni ada manfaatnya.

    Insyallah next time dikongsi gambar-gambar di sana.

    Salam.....

    Roti Arab

    Salam...

    Kelmarin saya janji nak bagi resepi roti arab kan..?maaf hampir terlupa..janji tetap janji..

    Resepinya sangat mudah.

    Bahan yang diperlukan :
    - 250g tepung gandum
    - 2 sudu makan rata yis
    - 1 sudu makan gula
    - 1 sudu makan garam
    - 2 sudu makan susu cair
    - air secukupnya

    Caranya :
    - gaulkan tepung bersama yis, kemudian campurkan semua bahan yang lain. letak air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
    - bahagikan doh kepada beberapa bahagian (1 bahagian untuk 1 keping roti) dan gelekkan guna penggelek hingga nipis seperti capati.
    - bakar atas pemanggang tanpa minyak (boleh gunakan kuali leper yang agak tebal)

    Siap ! selamat mencuba !! :)

    Tuesday 6 December 2011

    Bilakah agaknya..?

    Setiap hari bila mendengar berita kematian samada dari sahabat handai yang dekat dan jauh hingga berita-berita dari akhbar dan media, terfikir juga BILA AGAKNYA GILIRAN AKU...?

    Bersediakah aku?

    Takutkah aku?

    Bagaimana cara kematianku?

    Sebab sakitkah?

    Atau kemalangankah?

    Atau secara tiba-tiba saja kah?

    Khusnul khatimah kah atau suul khatimah?

    Cara yang 'elok'kah?

    Atau yang 'buruk'?

    Waktunya pula bila?

    Muda atau tua?


    Yang pasti kematian tidak pernah mengira bangsa, keturunan, darjat, harta, kecantikan, ilmu, umur, kesihatan dan keadaan..tidak mengenal waktu, hari, saat ia berlaku..ia terjadi bila Tuhan mengkehendaki ia terjadi!

    Manusia yang mati juga pelbagai kategorinya :

    - yang takut pada kematian
    - yang tidak mahu mati
    - yang mencari kematian
    - yang meminta kematian
    - yang merindu kematian

    Yang takut mati sangat ramai..merata-rata..hari-hari mengejar dunia seperti akan hidup selamanya..begitu juga yang tak mahu mati, macam-macam dibuat agar dapat terus hidup.kadang-kadang sanggup berbunuhan..dua golongan ini serupa sahaja..dari kalangan cerdik pandai dan ahli dunia, tapi sebenarnya singkat akalnya..

    Yang mencari dan meminta kematian juga ramai, terutama di negara-negara maju..yang bertuhankan teknologi..merasa diri lebih hebat dari Tuhan..tapi bila putus asa, mudah sekali mengakhiri hidup dengan mati! seperti nyawa itu milik sendiri..tanpa sedar 'hidup' selepas kematian lebih dahsyat menanti..

    Sabda Rasulullah S.A.W. : “Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik.” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

    Itulah orang-orang yang merindui kematian. mereka dari kalangan orang-orang soleh, para wali-wali Allah, para nabi-nabi dan rasul-rasul. mereka merindui saat dan ketika untuk bertemu Cinta Agung mereka, Allah S.W.T. kerana rindu dan cinta yang tidak tertanggung kepada Tuhan. lalu segala persiapan dilengkapkan secukup-cukupnya buat bertemu kekasih agung itu.. dunia tidak membekas di hati lataran hakikat ia hanya sementara.. Akhirat abadi selamanya..

    Aku dari golongan yang mana?rasanya hati ini seperti takut mati..kerana cinta dunia masih tebal..buktinya cukup melihat diri dan kehidupan..apakah cukup hablumminallah dan hablumminannas nya..ternyata!

    Rezekikan aku tergolong dalam golongan mereka-mereka yang cerdik hati dan akalnya itu, Wahai Tuhanku...

    Mencari secebis bahagia...

    Baru-baru  ni aku menghidap sejenis hobi yang biasa nye di hadapi oleh kanak-kanak..eh,yeke fakta aku tu..?balun je le..hobi itu mengabiskan kertas namenye...tapi hasil nye...jeng! jeng! jeng!

    ORIGAMI!!!!!!!
    Korang tau tak,nak siapkan binatang ni,walau hanya dari sekeping kertas,dekat 2jam jugak la pulun..ni namanya origami fiery dragon..huahuahua!!so,memang salah lah fakta aku yang mengatakan origami permainan kanak-kanak je..orang dewasa pon leh jadikan hobi..tapi aku tak la berniat nak jadikan hobi tetap,sambilan boleh la..heheheh...buat menghilangkan boring....dragon ni aku buat berpandukan video kat youtube..ni link dia : http://www.youtube.com/watch?v=XvFisaAsz8o
    Kira ni le satu-satunye yang paling mencabar sikit..yang lain versi kanak-kanak je...

    Twitter Bird (serupa tak?)

    Blue Elephant

    Ni sebahagian sahaja,banyak-banyak buat,habis anak-anak main je...
    Hurmm.......

    Friday 2 December 2011

    Cerita 2

    Petang itu sedang duduk berehat aku mencapai surat khabar di atas meja yang dibeli pagi tadi. Baru sekarang ada masa hendak membaca. Aku menelek satu persatu halaman kertas itu. Di ruangan ‘Keluarga’ aku tertarik dengan satu tajuk berita ‘Rumahku Syurgaku’. Ia menceritakan kisah sebuah keluarga yang sangat berjaya. Semua ahli keluarganya berpangkat besar. Sebaik membaca nama-nama ahli keluarga mereka, aku terkejut. Tidak sangka itu adalah keluarga kawan kakak aku. Ketika sekolah dahulu aku agak mesra dengan Kak Siti. Alangkah baiknya jika aku dapat menziarahi mereka. Boleh menjalinkan sialturrahim dikalangan umat Islam.
       “Assalamualaikum.”
       “Waalaikumsalam...eh, awak ni...Laila kan?”
       “Ye, saya datang nak ziarah. Saja nak jumpa Kak Siti.”
       “Masuklah, mak Kak Siti ada kat dalam tu. Ayah Kak Siti dah keluar pergi kerja.” Setelah bersalaman dengan Puan Suria. Aku duduk di ruang tamu rumah itu. Berbual bersama mereka. Suasana di dalam rumah itu nampak tenang. Agak besar dan mewah. Cantik dengan perhiasan yang unik dan mahal-mahal bergantungan. Aku mula bertanya perihal keluarga mereka yang dikenali ramai. Bersemangat Kak Siti bercerita tentang kejayaan mereka sekeluarga. Ada yang bekerja sebagai seorang arkitek, doktor, ada yang sudah sampai ke angkasa lepas. Kak Siti pun sudah mendapat peluang menjadi pensyarah di Universiti terkenal. Puan Suria tersenyum bangga. Tiba-tiba seorang pemuda berkemeja kemas meluru keluar denga tergesa-gesa.
       “Hah, Rahman. Mak tunggu kau, nak minta tolong sikit ni.” Puan Suria mendapatkan anak ketiganya itu.
       “Aman sibuklah mak, patient dah tunggu.” Pemuda itu terus berlalu tanpa mempedulikan Puan Suria. Puan Suria mengeluh sambil berjalan masuk ke dalam.
       “Susah betul nak minta tolong budak ni, lebih penting klinik dia dari kita.”
       “Biasalah tu, malas nak tolong orang.” Marah Kak Siti. Aku terkejut melihat peristiwa itu. Alamak! Perut aku mula bergelodak.
       “Kak Siti, boleh tumpang tandas?”
       “Boleh, awak jalan terus dan kiri tu ada tandas.”
       “Terima kasih.” Aku berlalu. Sambil itu aku memerhati kawasan sekeliling. Banyak trofi-trofi dan gambar yang tergantung di dinding. Selesai menunaikan hajat. Aku keluar dan terpaksa membasuh kaki menggunakan gayung di depan pintu kerana di dalam bilik air itu tidak ada selipar.
       “Mas, bangun Mas. Dah lewat ni, Mas kan nak pergi kerja. Mak nak minta tolong sikit.” Kedengaran suara Puan Suria mengejutkan anaknya.
       “Mak ni, hari ni Mas cutilah, orang nak rehat sekejap pun tak boleh. Kacaulah.” Hatiku tertanya-tanya. Dimanakah syurga yang dikatakan itu?

    Thursday 1 December 2011

    Kerap kali ku ulangi doa ini....

        Ya Allah,sabarkan aku..aku mohon pada-Mu wahai pemilik hatiku..pinjamkan aku sedikit kekuatan untuk meneruskan hidup yang sebentar cuma,sebelum aku pulang kepada-Mu... 
        Ya Tuhanku,jauhkan hatiku dari sakit hati dan dendam..jauhkan dari diri kami perpecahan dan permusuhan..kekalkan kami dalam berkasih sayang atas kasih sayang-Mu jua Ya Rabb...aku bertawasul dengan Mursyidku,izinkan Ya Allah.....

    Feed My Fish ^

    Just nak bagi ikan aku kat atas tu makan...korang pon leh tolong kalau aku tak sempat..klik je kat tengah-tengah "air" tu...ikan aku tu jinak je,mesti depe suke ngan korang....

    So,enjoy the therapy.... :))