Tuesday 29 November 2011

How to make SHAWARMA...?

Pernah makan shawarma tak?shawarma ni sejenis makanan arab.dan inilah salah satu daripada banyak-banyak makanan arab yang boleh masuk kat tekak aku ni,yang lain susah sikit..maklumlah tekak tak global..hehehe

Seperti tajuk yang korang baca kat atas tu - How to make SHAWARMA..? ,aku nak la share cara nak buat shawarma ni..ni resepi yang aku dapat dari kawan aku yang bekerja di sebuah restoren arab di KL.bagi aku resepi dia simple and easy je..tu pasal aku suke.. :))


So..ni bahan-bahan yang diperlukan untuk buat shawarma..untuk pengetahuan korang shawarma ni name inti dia,selalu orang arab makan ngan roti depe le..kita kat Malaysia ni leh makan dengan roti pita yang selalu ada jual kat hypermarket tu..kalau korang nak lagi kick,makan ngan roti arab yang nipis cam capati tu..nanti aku bagi resepi nak buat roti tu..sedapppp....

Bahan :
- ayam@daging (dibuang tulang dan potong dadu)
- serbuk lada hitam
- serbuk lada putih/sulah
- serbuk cili
- serbuk jintan manis
- serbuk kunyit
- garam & gula secukup rasa
- mayonis
- salatah (salatah ni macam acar la, boleh guna tomato/timun/salad ikut citarasa korang) hiris nipis

Cara masak nya :

Gaul ayam@daging dengan semua bahan kecuali mayonis dan salatah,gaul rata.saya saje tak nyatakan kuantiti bahan-bahan tu,so agak-agak la ikut rasa hati,kalau nak pedas letak la serbuk cili lebih..kot ada yang suke masin,letak la garam seguni pun saye tak kesah..(bukan saya yang nak makan pon..)biarkan dalam peti sejuk selama 10minit.
Panaskan minyak sedikit sahaja,kalau boleh pakai minyak zaitun @ kalau suke (saye memang suke masak ikut suka hati ni..) pakai butter..sikit je, sebab tak nak terlalu berminyak.
Masakkan ayam@daging tadi sehingga empuk,nak garing pon boleh,jangan hangus sudah la..
Dah angkat,gaulkan dengan mayonis dan salatah tadi..
Makan bersama roti pita (belah dua,sumbat tengah-tengah dia) @ gulung dengan roti arab..ala-ala KFC punye pocketful@twister tu la,tapi ni shawarma..


Resepi roti arab tu aku post lain kali la ye..dah penat menaip ni..so,selamat mencuba... :)
p/s : gambar tu bukan yang aku buat,cilok kat internet je..sebenarnya aku tak pernah lagi try masak shawarma ni..tapi, dont wory,resepi ni di jamin sedap! melainkan korang yang masak tak sedap...hihihi....cauuuu.........

2 comments:

  1. tq resipinya, saya nak copi n pes blh? anak saya suka sgt mknn arab ni. mg dimurahkan rezeki muah2

    ReplyDelete
  2. Get that woe ka melawak bradai. Salam dari keluarga baik2 eh dari Aceh . . .

    ReplyDelete