Wednesday 30 November 2011

Cerita 1

Hari ini aku bertandang ke rumah kawan lamaku, Anis. Kami sudah 3 tahun tidak berjumpa. Aku dapat berita ibu Anis mendapat anugerah 'Ibu Mithali' sempena hari ibu yang baru beberapa hari berlalu. Kejayaannya mendidik anak-anak membuatkan keluarganya dilabelkan sebagai keluarga contoh. Jadi Anis menjemputku ke kenduri kesyukuran di atas penganugerahan itu. aku mengambil kesempatan ini untuk melihat sendiri keluarga yang dikatakan contoh itu.
   “Jemputlah masuk, ramai kawan-kawan lama kita kat dalam tu.” Aku sekadar tersenyum melihat telatah Anis yang beria-ria mengajakku menyertai sekumpulan remaja yang sedang rancak berborak.
   “Geram betul aku dengan si Tina tu. Ada ke patut dia kata aku ada hati dengan Amir, dahlah tak hensem.” Rungut seorang gadis yang duduk di sebelah anak teruna Puan Qasidah.
   “Ni abang aku.” Anis memperkenalkan kepadaku. Aku berasa janggal berada di situ. Mereka menyambutku dengan senyuman dan bersalaman denganku. Aku pelik, diriku sendiri sebagai seorang anak gadis telah diajarkan batas syariat antara lelaki dan perempuan. Tapi mereka dengan senang hati ingin bertukar-tukar tangan. Aku hanya menggeleng apabila beberapa orang pemuda ingin bersalaman denganku.
   “Anis, aku ke dapur sekejap ye.”
   “Ok.”
Aku berlalu meninggalkan mereka yang masih rancak berbual. Tiba-tiba kau terserempak dengan Puan Qasidah. Aku bersalam dengannya dan mengucapkan tahniah. Aku terus menyambung niatku untuk membantu di dapur. Ketika itu aku terdengar perbualan rakan-rakan Puan Qasidah
   “Bagus betul Qasidah tu, pandai dia didik anak sampai cerdik pandai macam tu.”
   “Iyalah, ada yang dah pergi luar negara pun. Tu si Anis tu, SPM 11A. Hebat.”
Berjaya betul Puan Qasidah didik anaknya. Sehingga dia dihormati dan dipuji sebegitu. Tiba-tiba seorang wanita seperuh usia datang menghampiri rakan-rakan Puan Qasidah yang rancak berbual.
   “Alah, dia tu berlagak je, bukan pandai pun. Tengoklah anak-anaknya, tak pandai nak hormati orang tua.” Luah wanita itu sambil mencebik. Mungkin hatinya cemburu melihat kejayaan Puan Qasidah. Aku berlalu setelah selesai kerja di dapur. Aku menuju ke ruang tamu.
   “Mana boleh macam tu, abang kena balik juga sekarang. Nanti orang tua tu membebel lagi. Ita tak suka dengar mak bising. Sakit telinga.” Aku tersentak mendengar perbualan anak Puan Qasidah yang sulung dan bekerja sebagai seorang doktor. Dia sedang bercakap dengan suaminya di telefon. Aku melihat jam ditangan. Hampir pukul 4.30 petang. Aku bergegas bersiap untuk sembahyang. Tapi aku pelik, orang-orang yang berada di rumah itu seperti tidak tahu waktu asar sudah hampir. Sekumpualn remaja tadi masih rancak bersembang. Aku mencari tempat yang sesuai untuk sembahyang kerana semua tempat dipenuhi tetamu. Aku menuju ke bilik Anis. Selesai bersolat, tiba-tiba Puan Qasidah menerjah masuk dan terus menuju ke bilik air yang terletak di dalam bilik ini. Aku agak dia hendak mengambil wuduk.
   “Ish, mak cik kena cepat ni, banyak lagi kerja. Dah lah kena qada’ dua waktu.”
   “Qada’?”

Karangan : Adik Aku..hihi
 P/S : cerpen pendek ni akan ada kesinambungan tapi pada cerita yang berbeza dan pengajaran...

No comments:

Post a Comment