Monday, 7 May 2012

Bagaimana Untuk Mengenali Mengecam Seorang Penipu

Teknik-teknik di bawah akan menunjukkan bagaimana untuk mengesan sekiranya anda sedang ditipu. Teknik-teknik ini telah digunakan oleh agensi-agensi kerajaan untuk tujuan soal siasat. Ianya juga boleh digunakan dalam komunikasi dan situasi bisnes untuk mengelak dari penipuan. Ia juga boleh digunakan oleh anda untuk mengelakkan diri anda dari ditipu.

Petunjuk-petunjuk Penipuan


Untuk menggunakan petunjuk-petunjuk di bawah dengan berkesan, adalah berguna sekiranya anda mengetahui bahasa badan biasa bagi ‘suspek’ anda.
  1. Sentuhan pada wajah – Penipu atau pelakon biasanya akan menyentuh bahagian bawah muka mereka, seperti menggaru-garu hidung, menyentuh bibir atau dagu mereka. Ini adalah satu naluri semulajadi manusia, seperti mana seorang kanak-kanak menutup mereka apabila mereka menipu, hanya ia telah berkembang dengan usia kepada satu perbuatan yang tidak begitu ketara.
  2. Tapak tangan – Penipu atau pelakon selalunya cuba menyembunyikan tangan mereka. Ini juga satu tindakan semulajadi. Tangan di belakang badan atau di dalam poket adalah satu petunjuk.
  3. Pergerakan mata – Mata seseorang yang tidak jujur akan bergerak-gerak banyak ke sana ke sini bagi mengelakkan pandangan anda. Bagaimanapun, merenung mata anda terlalu lama juga adalah satu isyarat kepada satu penipuan. Ini berlaku kerana penipu atau pelakon berkenaan telah menyedari bahawa pergerakan mata mereka adalah satu isyarat penipuan dan mereka cuba mengawalnya.
  4. Pergerakan – Ekspresi diri biasanya kaku. Mereka yang menipu atau berlakon akan kurang menggerakkan tangan mereka dan menggunakan ruang yang sedikit. Semua perbuatan fizikal mereka biasanya akan menggunakan ruang yang lebih sedikit berbanding dengan keadaan biasa.
  5. Topik percakapan – Seorang penipu akan selalu menukar-nukar topik percakapan, penipu berasa selesa bertukar topik dengan harapan penipuannya telah dipercayai. Jika jujur, seseorang akan rasa pelik mengapa topik yang serius tadi telah berubah. Dia (seorang yang jujur) akan mengetepikan perubahan topik itu dan menyambung perbualan asal.
  6. Mengelak dari jawapan langsung – Penipu kadang-kadang memberikan jawapan yang boleh diputar-belit dari memberi jawapan langsung. Ini membolehkan mereka mengelak dari menipu lagi dengan tidak membuat jawapan yang berbentuk pengakuan. Dengan berbuat demikian, ia memberi mereka kemungkinan kembali kepada jawapan mereka dan mengubahnya.
  7. Anak mata – Anak mata biasanya akan membesar apabila menipu atau berlakon; ini kerana tindak balas badan yang membebaskan hormone adrenalin semasa keadaan menipu. Perkara ini bergantung kepada tahap penipuan yang dibuat. Penipuan yang kecil atau helah kecil tidak akan memberi kesan ini.
  8. Ekspresi diri – Ekspresi diri hanya terhad kepada bahagian mulut sahaja, contohnya, jika seorang penipu cuba senyum, dia hanya akan menggunakan otot-otot tertentu berbanding senyuman semulajadi yang menggunakan otot-otot dari seluruh wajah.
  9. Penggunaan objek – Penipu akan bermain-main dengan barang milik mereka seperti beg tangan, gelang tangan, telefon bimbit atau rambut mereka sendiri. Mereka juga akan meletakkan objek penghalang antara diri mereka dan orang yang bercakap dengan mereka, selalunya dengan benda yang seringkas secawan kopi. Ini satu cara bawah sedar untuk cuba membenteng diri mereka untuk mengurangkan tekanan semasa menipu.
  10. Nada suara – Nada suara seorang penipu biasanya tidak konsisten dengan pergerakan atau percakapannya.
  11. Sindiran – Mereka yang tidak jujur selalu menggunakan sindiran apabila menjawab pertuduhan.
  12. Tidak masuk akal – Kata-kata penipu selalunya tidak masuk akal dan percakapan mereka jadi tunggang langgang. Ini kerana otak penipu berkenaan sedang bertungkus lumus mencari jawapan menyebabkan kata-kata mereka jadi berbelit-belit dan tunggang langgang.
  13. Cara berdiri atau duduk – Mereka yang menipu atau berlakon biasanya berasa tidak selesa berdiri atau duduk setentang dengan orang yang ditipu. Mereka mungkin mengelak dari duduk atau berdiri dengan keadaan bahu mereka (kedua-dua bahu kiri dan kanan) setentang dengan bahu anda. Sebaliknya mereka akan cuba berdiri atau duduk sedikit mengiring atau tidak setentang dengan anda.
  14. Terlalu banyak butiran – Orang yang tidak jujur akan menambahkan butiran-butiran yang tidak berkaitan kepada perbualan, sebagai satu cubaan untuk mengambil hati orang yang lawan bercakap dengannya.
  15. Bersifat defensif – Orang yang bersalah biasanya menjadi defensif pada saat pertama dituduh manakala orang yang jujur akan menjadi marah (ofensif) apabila dituduh.
Adalah penting untuk diketahui bahawa sekiranya anda hanya dapati satu petunjuk sahaja ia tidak memberi isyarat bahawa ia adalah satu penipuan. Anda perlu melihat pada beberapa petunjuk yang konsisten yang berlaku sejajar, atau kombinasi petunjuk-petunjuk yang berlaku serentak dalam satu tempoh masa yang pendek.

Friday, 6 April 2012

Kerana MEREKA aku ketawa....

Selepas 4bulan lebih x balik,16hari bulan lepas balik kampung lepas umi balik dari Sabah.
Kali ni sumer ada kumpul kat kampung.Rumah penuh ngan anak-anak sedaraku yang kurindui.
Juga nak jumpe anak sedara ku yang baru lahir, Arifah.
Itu pun x semua 11orang anak-anak sedaraku ada.Kakak Safwah tinggal kat asrama.
Yang 10orang ni pun dah bikin pening...hadoi...
Apa lagi,sesi berposing pun berlangsung.
Mari lihat mereka beraksi.....------->
Sesi menonton Boboi Boy (kalau x buka Boboi Boy,mau x duduk diam sumer..)
Toa cuba buat muka ganas (ganas sangat la konon!)
Abang Toa yang sopan..Dah makin matang,kulit pun dah gelap sikit..Baru macho!
Icah yang manissssss...Baby doll Cik Ana....
Icah merajuk ngan ibu sebab ibu layan adik Ifah je...cian sayang Cik Ana tu....
Ni la Sharifah Nur Arifah yang disebut-sebut..
Yang di cemburui oleh kak Icah..hehehe
Budak ni mengundang kerinduanku ke tahap maksima!rinduuuuuuu........
Kakak Dibah yang manje..walau adik dah nak masuk 3..My little Princess...
Icah buat muka matang.Dah jadi kakak la kata kan..
Kakak Arina yang paling baik...tapi sekali buat perangai,memang tercabar kesabaran ibu..
Kakak dan adik yang x serupa.sweet dia je sama...
Ni je yang sempat snap,ada yang x sempat masuk gambar.
Lepak kampung sampai rabu,pastu hantar umi ke LCCT.
Nak terbang ke Sabah semula.
Sebulan baru balik sini semula.
Semoga selamat pergi dan selamat pulang.
Bila agaknya dapat balik dan berkumpul lagi camni...
Belum pape dah rindu...
Hanya MERAKA yang boleh buat aku ketawa di saat hatiku 'menangis'...

Thursday, 5 April 2012

Wahhhhhhh!!!!!!!!

Wahhhh!!series nak nangis tengok blog ni dah 'bersawang'...huhuhu....sudah ku jangka ia akan berlaku...

Very busy now on...mane nak jumpe komputer?

Last sunday datang PA,keje2 submition untuk panel2 menanti..huhu...siap lah....


Now @ PA with keje yang melambak! hadoi...

Ni je yang sempat aku snap..
Tataaa...nak wat keje...semoga berjumpa lagi....

Tuesday, 28 February 2012

Rahsia Alamat Pergerakan Tubuh

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yg pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yang lalu. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita.

Alamat Pergerakan Tubuh
  • Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan.
  • Kelopak mata kiri bergerak - melihat perempuan
  • Kelopak mata kiri bergerak dari atas - ada orang akan berjalan jauh.
  • Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis.
  • Biji mata kanan bergerak-gerak - akan menangis dalam bercinta.
  • Biji mata kiri bergerak-gerak - gembira di hati.
  • Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh.
  • Ekor mata kiri bergerak-gerak - mendapat sedikit kepayahan.
  • Umbun bergerak - berbahagia pada hari tersebut.
  • Kening kiri bergerak-gerak - beroleh kelapangan.
  • Bibir bawah bergerak - akan menangis.
  • Waktu subuh kepala kita bergerak - beroleh kerja yang baik.
  • Siku kanan bergerak-gerak - beroleh kebahagiaan.
  • Siku kiri bergerak-gerak - orang yang mengasihi kita akan datang.
  • Kepala bergerak - ada orang menyakiti hati kita.
  • Kepala bergerak ke kiri - beroleh kebesaran.
  • Pelipis telinga bergerak - alami kebahagiaan.
  • Telinga bergerak - akan berkelahi.
  • Pipi kanan bergerak-gerak - alamat sakit mata.
  • Pipi kiri bergerak-gerak - sentiasa bahagia.
  • Bahu kanan bergerak-gerak - harta hendak datang.
  • Bahu kiri bergerah-gerak - bakal berjumpa pembesar/ketua.
  • Lengan kanan bergerak-gerak - akan sakit kepala.
  • Lengan kiri bergerak-gerak - beroleh harta.
Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai dengan bulat-bulat. :)

Monday, 27 February 2012

Lagi pic@Cameron

@ Butterfly Farm..trio gamble^^
Anak dara pingitan.. Kak Yah & Jeeha.
@ Bee Farm
Mak dara &anak dara..
Posing@MARDI
At MARDI
Posing sakan ! dari kiri : me, my honey madu K.Yaty, K.Yah, Hakeem dan Jeeha

Posing atas Giant Strawbery

Satu Kelahiran.....

16 February 2012, jam 11 pagi.. Sharifah Nur Arifah Syed Muhammad lahir ke dunia...
Anak saudaraku yang ke-11... Alhamdulillah.......
Sayang, tunggu Cik Ana datang ye.. x sabar nak jumpe awak.... ^,^

Arifah di usia seminggu....

After a month....

Salam.....

Ini yang aku takutkan, bila buat blog pastu terbiar x update atas macam2 faktor..hurm.....terjadi juga.......
Sebulan ni tanam anggur je kat rumah....
Rindu kat blog ni sebenarnya,tapi tu la..keadaan x mengizinkan.....
Insyallah, ada masa buka la juga....
k, salam ceria.....adios......!